KUALA LUMPUR: Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah untuk menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menerusi catatan di Facbeook beliau mengingatkan ahli parti supaya mengambil ruang dan peluang melalui persidangan itu untuk berbincang mengenai sebarang isu dengan penuh rasional serta berhikmah.
"Semoga Allah SWT memberkati dan mempermudahkan segala urusan dalam melunaskan perjuangan demi memenuhi tuntutan agama, bangsa dan tanah air yang kita sama cintai ini.
"Kepada semua perwakilan cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri. Selamat bersidang! Inilah masanya untuk memperkukuh perpaduan, memperkasa kesatuan," katanya.
Ahmad Zahid berkata cawangan yang aktif adalah nadi bagi meneruskan denyutan perjuangan UMNO di bahagian dan di peringkat kebangsaan, maka persidangan kali ini adalah platform menggarap strategi serta rancangan untuk memperkuat parti.
"Santunilah ahli dan dekatilah para pengundi agar mereka yakin bahawa agenda UMNO hanyalah untuk memastikan kestabilan politik negara dan menjamin kebajikan serta kesejahteraan rakyat keseluruhannya," katanya.
Ahmad Zahid berkata UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai kekuatan dan rangkaian sehingga ke peringkat akar umbi.
"Persidangan di peringkat cawangan adalah bukti UMNO mempunyai struktur yang mantap melebar sehingga ke 191 Bahagian dari Perlis hinggalah ke Sabah," katanya.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini hingga 2 Jun manakala Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian berlangsung pada 21 Jun hingga 29 Julai diikuti Perhimpunan Agung UMNO 2024 dari 21 hingga 24 Ogos depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
Ahmad Zahid mengingatkan ahli parti supaya mengambil ruang dan peluang melalui persidangan itu untuk berbincang mengenai sebarang isu dengan penuh rasional serta berhikmah. - FB Zahid Hamidi
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.